Sunday, October 27, 2019

HATYAI TRIP KAMI 25 - 27 OKTOBER 2019

PERJALANAN DARI MALAYSIA KE THAILAND DENGAN KERETA SENDIRI. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera, tergerak untuk menulis entry ini kerana semasa plan nak ke Hatyai Google punya Google jumpa blog 2016 ~ 2018 tak terjumpa pula yang 2019 punya. Mungkin sebab zaman dah berubah, orang lebih suka post di Facebook dan Instagram. Tapi bila nak cari info payah sebab kemungkinan Fb dan Ig tu private sahaja.


PREPARATIONS... Persediaan sebelum pergi

1. Pergi Bank untuk dapatkan geran. Ada blog kata yg salinan pun boleh tetapi saya bawa je yang original.

2. Pastikan Passport hidup.

3. Kalau kerja government, isi borang keluar negara. Paling malas pun sekurang-kurangnya maklum kepada Ketua Jabatan yang anda ingin pergi Thailand sekian sekian..

4. Book Hotel anda. Semua hotel-hotel popular yg tertulis dah full masa kami nak book. So Google je la Muslim Friendly Hotel Hatyai. Keluar la beberapa pilihan. Ikut lah kemampuan masing-masing. Untuk trip kami, kami book Hotel Paradise Hatyai. Alhamdulillah dapat book untuk 2 bilik 3 hari 2 malam.

5. Tukar duit Baht siap2. Paling2 sikit pun dapat cover duit hotel. Apa yang berlaku pada kami ialah masa nak check in, baru perasan kami cuma book sahaja, bayarnya belum. Nasib baik credit card boleh guna. Kalau kena bayar cash, habis gitu je duit Baht.

6. Plan perjalanan anda di sana. Nak pergi mana dan sebagainya.

PERJALANAN BERMULA

Kami bertolak dari Seremban sebaik sahaja azan Subuh.

Destinasi pertama : RNR Gurun

1. Kami isi minyak Ron 97 penuh. Cukup untuk keluar masuk Hatyai dan balik Malaysia.

2. Di Shell sini boleh buat insurans kereta, beli simcard dan borang2 yang diperlukan. Saya bawa satu fail dalamnya ada Geran kereta dan passport semua penumpang.

3. Harga insurans RM29 (termasuk isi borang2 untuk 3 orang) dan simcard RM23.

4. Urusan di kaunter dalam Shell tu sahaja, sambil2 tunggu staff shell isikan borang2 tu boleh beli jajan, isi minyak, atm pun ada di Shell ni.

5. Masa nak isi tu staff Shell akan beri satu kertas kecil untuk diisi. Antaranya ialah bilangan penumpang, tarikh keluar masuk, destinasi, dan nak masuk Thailand ikut border mana.

6. Ramai orang kata ikut Bukit Kayu Hitam senang tetapi saya ada terbaca blog yang tulis ikut BKH ni sesak sikit dan ikut Padang Besar lagi lengang.

KAMI IKUT PADANG BESAR




1. Serius lengang, dari RNR Gurun ke Padang Besar tak banyak kenderaan pun. Mungkin jauh sikit jaraknya tapi ikut je Google Map atau Waze. PADANG BESAR IQC namanya.

2. Pemandangan ke Padang Besar IQC serius cantik. Alhamdulillah masa kami ke sana cuaca cerah, langit biru. Tambah dengan Pemandangan sawah padi dan gunung yang hijau. Memang priceless.

3. Memang agak nervous sebab macam lengang semalam je dan masa kami pergi tu nampak kerja2 pembinaan sedang dibuat.

4. Kami drive je masuk dan ada penghadang di kaunter passport tu. Turun kan tingkap dan bagi passport sahaja untuk dicop. Beriya la saya keluarkan fail dengan borang2 tu tapi dia nak passport sahaja.

5. Selesai urusan passport tu, terus je drive, phone boleh dual sim, masa di RnR Gurun tadi dah masuk sim Thailand siap2. Terus masukkan destinasi ke hotel.

6. Nampak ramai orang beratur kat satu kaunter. Tapi kami ikut je signboard kereta. Takde kena tahan pun, pegawai Imigresen/kastam Thailand cuma angguk je. Takde pula suruh berhenti ke apa.

7. Pelik juga sebab baca blog yang lain kata kena scan muka la, semua penumpang kena turun untuk scan etc. Tapi kat sini kami drive through je. Mungkin memang kena turun tapi dah boleh Jalan, Jalan je la terus.

8. Maka kami teruskan memandu ke Hotel kami. Boleh tahan juga simcard RM23 tu, Takde masalah nak buka whatsapp, Waze etc.

9. Secara umumnya memandu di Thailand ni sama je macam di Malaysia. Cuma di kebanyakan Simpang walaupun lampu merah boleh belok kiri jika tiada kenderaan dari arah lain.

WOW dah masuk THAILAND

1. Kami masuk ikut Padang Besar, kat kawasan ni memang hutan la kiri kanan. Macam lalu di kawasan Felda je.

2. Selamat sampai hotel kami dan check-in. Hotel Paradise Hatyai ni jauh sikit dari Bandar. Tetapi ada Ruang parking terbuka yang besar. Bilik agak luas. Aircond sejuk pada waktu malam. Air panas agak terhad. Jadi suam je lepas tu. Elakkan minum air dalam peti sejuk. Yang dalam tu kena bayar. Kalau dah terminum, cuba la cari kat 7eleven untuk ganti kan air brand yang sama. Air mineral yang free ialah yang di letak atas meja.





3. Rehat kejap dan plan untuk destinasi seterusnya.

4. Oleh kerana penat drive dan masih berdebar-debar drive di negara orang kami buat keputusan untuk naik TUKTUK yang kami nampak ada di depan Hotel ni.



5. NOTE! Grab lagi murah! Pakcik tu kata 400 baht untuk ke Floating Khlong Hae. Sebab kami tengah lapar. Memang plan untuk cari makan tengah hari di sana. Bila convert 400 baht lebih kurang RM50 je untuk 3 orang. So OK je la. Kalau tau, drive je ke sana. Sebab takde isu parking pun di sana dan perjalanannya pun simple sebab Floating tu jauh dari Bandar.

6. Kami tiba sana dalam kul 3pm. Agak panas masa tu. Kami makan je la apa yang nampak sedap dan ramai orang lain makan. JANGAN BELI tshirt disini sebab harga lagi mahal dari ASEAN NIGHT BAZAAR. makan OK sikit sbb suasana di sini agak unik.




7. Pakcik TUKTUK tu akan tunggu kita. (dia akan tunggu sampai kita balik semula ke hotel). Next kami plan nak ke ASEAN NIGHT BAZAAR. Sini pun sebenarnya ada tempat parking berbayar yang besar. (sebab tak terbaca apa-apa info pun pasal parking kami minta pakcik TUKTUK tu bawa kami ke sana. 300 baht dia cas.)

ASEAN NIGHT BAZAAR (buka malam je)

1. Mujur kami datang sini hari JUMAAT so tak berapa ramai orang. Kami datang semula ke sini esoknya (Sabtu) konon nak makan kat sini tapi mak bapak giler ramai manusia di sini. Mujur kami dah datang hari Jumaat dan dah tau gerai mana nak beli makanan. So terus je ke stall tu. Nak gerak pun sempit di Floor 2 tempat makan tu.

2. Tempat shopping tshirt dan makanan.

3. Penat makan dan jalan2 disini kami pun balik Hotel.




SABTU : SONGKHLA - SAMILA BEACH

1. Kami breakfast di Hotel je. Kena bayar lain sebab masa booking memang tak termasuk breakfast. RM17 seorang.. OK LA. Ada Nasi goreng, mihun goreng, Nasi putih + ulam2, bubur Nasi, roti bakar dan dim sum.

2. Lepas makan kami drive ke SAMILA Beach, cantik dan indah, parking pun senang di sini. Nak parking tepi Jalan pun ok dan ada tempat parking kat restoran Muslim di sini.

3. Di Samila Beach ni boleh la keluarkan segala macam skill photography yang ada sebab memang cantik. Kami ambil gambar dan makan Coconut Ice cream di sini.






4. Agak awal untuk lunch maka kami tak lunch di sini. Maka kami terus ke destinasi seterusnya iaitu MUNICIPAL Park.

MUNICIPAL PARK

1. Sebagai orang Muslim rasa cam tak berapa sesuai pergi sini sebab ada banyak patung2 Buddha yang besar dan pelik2.

2. Kami drive je sampai atas (yang kedua) ada tempat astronomy tu. Masih ada Jalan lagi kalau nak naik terus ke paling atas. Macam drive nak naik Genting atau Fraser Hill je. Parking pun senang di sini. Kami parking je dekat small Buddha statue, memang ada van pelancong pun Park kat sini.



3. WARNING! Rugi naik cable car. SERIUS xde apa2 pun kat atas tu. Ada patung2 Buddha je. Kalau memang nak sembah patung2 tu. Naik la cable car tu. Pemandangan dekat area sebelum naik cable car dah cukup cantik. Atas tu Pemandangan pun xnampak apa2. Nampak pokok2 je. (maybe sebab kami tak explore habis kot)... Tapi bagi kami di bawah tu dah cukup cantik untuk bergambar. Jimat 200 baht seorang. Dah la kena beratur lama sebab cuma ada 2 unit je cable car dia. Lagi best naik cable car di Langkawi atau Genting.



SONGKHLA CENTRAL MOSQUE

1. Kami ke sini untuk solat jamak. Senang juga drive ke sini dan parking. Cantik juga untuk bergambar. Dengan Pemandangan luas nampak bukit/gunung ganang. Kat depan masjid ni pun ada motor jual goreng2.




LEE GARDEN PLAZA

1. Hotel paling famous. Memang dah fully book masa kami tengok di Agoda, booking.com dan lain2.

2. Tak berani pula nak Park kat sini sbb bukan customer.

3. Kami Park kereta di ODEAN mall. drive slow2 takut terlepas. Signboard parking dia warna Pink. Betul2 sebelah gerai jual kerepek. 60 baht (sejam) + 30 baht (per 15 minutes) kalau x silap. Kami jalan2 dalam sejam je. Bayar 60 baht sahaja.

4. Masuk je parking ada staff parking yang sangat friendly. Dia minta IC/passport untuk dia tulis2 dan guide kita ke petak parking kosong. 2 kali kami Park disini. Memang ada je kosong masa kami datang.

5. Kami jalan2 dan makan di HAMID RESTAURANT. order tomyam untuk merasai rasa Tomyam Thailand.




6. Lepas makan kami jalan2 dan balik semula ke Hotel. Saya memang kurang gemar drive malam. Terutama di tempat yang asing.

CENTRALFESTIVAL HATYAI

1. Kali ni kami naik grab je dari hotel. Not bad juga. 110 baht sahaja dari Hotel kami ke Bandar.

2. Mujur juga kami ke CentralFestival ni dulu. Kat luar tu ada gerai2 makanan. Lebih kurang juga menunya macam di ASEAN NIGHT BAZAAR. tak berapa sesak.

3. Asalnya nak tengok2 je. Tapi dah lapar kami makan je apa yg ada di sini. Kami makan Nasi Ayam di sini. Sedap.




4. Hampir 10 minit je Jalan kaki jika nak ke ASEAN NIGHT BAZAAR. seperti yg di sebut di atas. Ramai betul orang masa ni. Terus cancel nak shopping di sini. Kami pergi 7eleven je. Lagi best.

THAILAND : 7 ELEVEN

1. Bersepah. Tak macam di Malaysia, barang lg mahal di 7 Eleven. Tapi di Thailand murah je jajan yg pelik2 disini. Kami suka Oolong Tea dan Green Curry Lays. Memang terbaik.

AHAD : BALIK KE MALAYSIA

1. Kami checkout awal. Konon nak breakfast di DIMSUM CHABURA yang famous tu. Tapi banyak bas pelancong masa kami sampai. Orang beratur sampai keluar kedai.

2. Kami pun drive balik ke Bandar utk jalan2 di Kim Yong Market. Pusing2 cari parking tapi akhirnya kami Park di ODEAN juga dan jalan kaki ke Kim Yong Market.

3. Macam pasar pagi je. Yg nampak menarik bagi saya ialah kacang2 dan kerepek pisang. Kami pun habiskan baht di sini dan juga 7 Eleven yang berhampiran.

4. Sepanjang di Thailand ada juga kami berbual antara pelancong Malaysia lain. Mereka masuk ikut Bukit Kayu Hitam. Dekat sejam di kaunter immegresen. Wow. Kami ikut Padang Besar, drive thru je.

5. Kami pun balik ke Malaysia ikut Padang Besar. Sama je macam datang masuk haritu. Scan passport je. Settle.

Sekian perjalanan kami disini. Simple, smooth, dan happy.


Tuesday, March 25, 2014

My First File!!!

Passport Template for Photoshop.

http://www.mediafire.com/download/3wgzs66oytgd5gc/template_gambar_passport.psd



template mudah dengan ruler dan saiz yang mengikut ciri-ciri yang ditulis dalam website imigresen.


Welcome all!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

This blog is created to share information and files. Some items or information I could not find from the internet that I created myself, I will post them here. 

Ini merupakan satu blog yang dibina untuk berkongsi maklumat, info dan juga fail yang boleh dimanfaatkan oleh semua. Ada perkara atau maklumat yang saya search tidak jumpa apa yang dinginkan, saya akan tulis dalam blog ini supaya orang lain yang search perkara yang pada awalnya tiada telah diadakan oleh saya.

Semoga dapat membantu semua warga internet.